Connect with us

Isu Semasa

Ebit Lew sifatkan mahkamah tempat terbaik dedah kebenaran

Published

on

Tenom: Pendakwah selebriti, Ebit Lew menyifatkan mahkamah adalah tempat terbaik untuk mencari kebenaran berkaitan kes gangguan seksual mengaitkan dirinya.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Setahun saya menanti hari (perbicaraan) mahkamah ini.

“Pelbagai fitnah tidak berhenti yang tidak dapat disebutkan, saya tanggung sendiri sejak balik dari Palestin tempoh hari.

“Dengan ke mahkamah ini, saya berharap dapat tahu kebenaran yang sebenarnya.

“Mahkamah lah tempat yang paling tidak boleh cakap apa sahaja. Kena ada bukti dan sekiranya tiada bukti, apa sahaja perkara pasti akan ditolak,” katanya ketika ditemui selepas berakhir sesi perbicaraan di Mahkamah Tenom di sini, hari ini.

Ebit mengakui sedih menghadapi perbicaraan itu dan berharap dapat mengakhirinya segera.

“Peguam saya turut cuba meminta tarikh lebih awal seperti awal November tetapi pendakwa raya tidak dapat tarikh itu.

“Oleh itu, kami bersetuju meneruskan perbicaraan ini pada Disember,” katanya.

Terdahulu, Majistret Nur Asyraf Zolhani memberitahu prosiding hari keempat ditangguhkan dan akan disambung semula pada 20 hingga 22 Disember depan.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp yang didakwa berlaku di daerah ini antara Mac hingga Jun 2021.

Pendakwaan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Lihat klip dibawah:

Sumber: HM

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.